Salam, Alhamdulillah kita bertemu lagi hari ini walaupun bahang PRU12 tak habis lagi. Hari ni aku nak citer sket tentang Inai. So pada sesiapa yang nak melangsungkan majlis perkahwinan, ha…baca lah dulu pasal inai nie, jgn main bantai jer nak cantik buat inai sampai ke lengan…hhehe ader ker yang buat camtue…
Sekarang ni ramai orang atau pengantin perempuan yang mengukir inai ala tatu di tangan. Konon-kononnya nak nampak cantik dan menarik tetapi pada hakikat sebenarnya adalah salah disisi Agama Islam.
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:
1. Dari Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).
2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang
mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,
wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari) Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “ inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.
Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..Wallahu’alam…
Antara komen-komen yang diberi:-
1) Sebenarnya tak semua orang berpendapat sama. Ada yang mengatakan yang Inai yang berukir ini adalah terikut-ikut dengan cara orang-orang arab. Orang-orang arab ada tradisi mereka sendiri, jadi tak semestinya apa yang diorang buat tu semestinya betul. ni termasuklah orang pakistan ke, india ke, sesiapa jek la. kita tak boleh bergantung pada orang lain untuk menentukan hukum, kita kena berpandukan al quran dan hadis. bukan cara atau perlakuan kaum atau bangsa yang lain.
2) Ukiran inai di tangan pengantin ni bukan sahaja popular di kalangan org2 Melayu. Saya pernah pegi ke Ethnic Festival dan melihat perempuan Pakistan Muslim promote dan mengukir ‘henna’ (inai). Dan kita sedia maklum yang amalan berinai ini sudah menjadi tradisi berzaman2 di India & Pakistan. Kalaulah mengukir inai itu haram, kenapa org Islam di Pakistan tidak membangkang dari dulu lagi? Personally saya hormat pandangan Dato Abu Hasan Din. Tetapi untuk menghukum sesuatu perkara ‘dilaknat Allah’ itu amat berat, dah lagi afdal kiranya perkara ini dibincangkan dan ditentukan hukumnya oleh mufti2 negeri secara kolektif.
3) Hadis tu betul, jelas.. tapi kena perati jugak sosiologi hadis dan makna di setiap matan hadis (awhal+ma’na hadis=asbab)..
# Soal niat terutama; untuk apa? Ikutan budaya barat atau budaya sendiri? kecantikan atau macam mana.
# Makna Tatu – Jenis tatu sedia maklum, melekat ke kulit dan isi daging. (so inai yang diamalkan pengantin tak bercanggah)
#Ukiran – Ada hadis yang melarang ukiran2 binatang atau manusia (al-Musawwirun fin Nar). Makna di sini berbentuk gambar manusia atau haiwan- yang hidup (hadis ini juga perlu di rinci) -Jadi ukiran di tangan pengantin tidak menyalahi kerana berbentuk batik/seni/budaya yang tak mencanggah akidah)
#Ukiran dalam maksud hadis, mengikuti budaya kaum kafir yang berbagai bentuk rupa (berupa pemujaan tuhan-tuhan mereka)
#Jangan sampai sifat berlebih-lebih.. (ini dalam segala hal sekalipun)
Ada yang setuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan tajuk yang saya bentang hari ini. Pada sesiapa yang ingin komen silakan. Pada sesiapa yang arif tentang agama harap berilah komen supaya dapat kita sama-sama perbetulkan apa yang salah. Akhir kata dari saya ‘yang buruk datang dari saya dan yang sempurna datang dari Allah s.w.t’…Wallahu’alam….
Chow….




Hadis siapakah lebih benar? Allah atau manusia
Jangan menyembah IDOLA
http://www.submission.org
sekarng nie da zman it,asl nk khwin jer mmg comfirm berinai,lau x pkai x cntik la…tp pkai 2 jangn la terlampau sngat,smpi nk srung cincin pn x npak,hehehehe…
ermm..saya setuju..hehehehe