Seringkali apabila dibincangkan mengenai “hasad dengki” bangsa Melayu menjadi rujukan. Hasad dengki seolah-olah sudah menjadi ’sinonim’ dengan masyarakat Melayu. Apakah bangsa lain selain Melayu tidak mempunyai sifat hasad dengki?. Memang hasad dengki itu merupakan ‘penyakit’ yang menimpa semua golongan bangsa di dunia ini.. namun persoalannya mengapakah ia begitu ketara dalam kalangan masyarakat Melayu berbanding masyarakat lain di Malaysia?. Sehinggakan apabila dibuat perbandingan ’sifat dengki’ di antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu di Malaysia, sudah tentu setiap tangan akan menuding kepada orang Melayu!.
Mengapakah terjadi sedemikian? Mengapakah segelintir manusia dalam masyarakat Melayu terus menghiaskan jiwa dan diri mereka dengan perasaan kotor hasad dengki itu sedangkan dalam masa yang sama menyedari bahawa ajaran Islam yang suci murni ini sentiasa memerangi sifat mazmumah tersebut?!. Sebenarnya, apakah itu hasad dan dengki? Hasad atau dengki ialah penyakit hati yang paling berbahaya yang terdapat pada manusia. Merujuk kepada kamus ‘al-mu’jam al’-Arabi al-Asasi’, hasad ditakrifkan sebagai suatu sifat dalam diri seseorang yang mengharapkan supaya nikmat yang ada pada seseorang itu berpindah kepadanya atau terhapus daripada orang itu. Hasad atau dengki juga merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan. Sifat dengki yang telah bertapak ‘kukuh’ dalam masyarakat Melayu telah berkembang dari semasa ke semasa.
Oleh itu, tidak hairan apabila didapati seorang Melayu yang agak berjaya dalam perniagaan contohnya, telah menjadi objek untuk dibenci dan didengki. Bukan itu sahaja, bahkan jatuh bangunnya seseorang pemimpin, kadang-kadang timbul hasil daripada hasad dengki. Kedengkian terhadap ‘kemenangan’ seseorang pemimpin itu tidak dapat diterima dengan reda. Sebaliknya kedengkian yang menguasai diri menyebabkan usaha dibuat agar menjatuhkan kembali pemimpin tersebut walau dengan cara yang ‘kotor’ dengan menyekat bantuan, peruntukan dan sebagainya walau terpaksa mengorbankan kepentingan rakyat dan masyarakat ramai yang lain. Hasad dengki juga telah menyebabkan jiran bertelingkah dan kawan menjadi musuh. Terdapat jiran yang tidak senang hati apabila melihat jiran sebelahnya membeli perabot baru, menukar kereta baru dan sebagainya.
Persaingan di tempat kerja untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan di sisi majikan juga dapat membibitkan perasaan hasad dengki di antara teman sekerja. Apa yang lebih dahsyat, seseorang yang tidak berjaya memusnahkan saingannya secara terbuka akibat hasad dengki yang meluap-luap, bertindak menggunakan ilmu hitam dan sihir seperti santau dan sebagainya. Ini semua sudah tentu mengundang kecelakaan di dunia dan di akhirat.
Orang Melayu yang mempunyai hasad dengki sebenarnya sama ada secara sedar atau pun tidak telah mewarisi sifat dan perangai iblis yang dimurkai Allah s.w.t. Ini kerana makhluk pertama yang menonjolkan hasad dan dengki ialah Iblis. Ketika Allah s.w.t. memerintahkan para malaikat dan Iblis sujud kepada nabi Adam, para malaikat mematuhi perintah Allah s.w.t., manakala Iblis mengingkarinya kerana berasa iri hati dan dengki terhadap nabi Adam dan berasa bahawa dia lebih baik daripada nabi Adam. Akibat kesombongan Iblis itu, Allah s.w.t. mengisytiharkannya sebagai penghuni neraka.
Justeru, apakah masyarakat Melayu kini yang sudah mendapat nikmat Islam dan Iman sanggup merelakan diri untuk menjadi ‘pewaris’ kepada Iblis dengan terus bergelumang dengan hasad dan dengki ini? Tepuk dada, tanya Iman!. Oleh yang demikian, menjadi suatu kemestian bagi masyarakat Melayu kini terutama bagi mereka yang sentiasa diulit dengan hasad dengki untuk kembali menghayati ajaran Islam yang murni agar sifat dengki yang tercela tersebut dapat dibuang dari dalam diri.
Hal ini kerana hasad dengki hanya akan menyebabkan terhapusnya amalan baik yang pernah dilakukan oleh seseorang. Apabila seorang Muslim melakukan kebaikan, dia akan beroleh pahala. Malangnya, apabila dia mempunyai sifat dengki terhadap orang lain, amalan-amalan kebaikan yang pernah dilakukannya akan terhapus disebabkan perasaan dengki tersebut. Rasullullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Dengki ialah menghapuskan serta membinasakan segala kebajikan dan kebaikan, sebagaimana api yang membakar dan menghanguskan kayu”. (Hadis Riwayat Abu Daud). Sewajarnya juga setiap individu Muslim menyedari bahawa hasad dan dengki membawa kemudaratan dan kecelakaan yang besar bukan sekadar di akhirat, malahan kemudaratan juga akan berlaku di dunia lagi.
Mudarat dengki di dunia ialah seseorang yang berdengki itu akan berada dalam dukacita dan ’susah hati’ kerana tidak seronok melihat kebahagiaan orang lain, lalu jiwanya menjadi tidak tenang dan tidak tenteram selagi orang yang didengki itu terus mendapat nikmat dan kebaikan. Jiwa yang tenang dan resah-gelisah itu sudah tentu akan mengundang pelbagai penyakit dan implikasi yang buruk. Manakala di akhirat pula, dia akan mendapat balasan ’seksa’ sekiranya tidak bertaubat daripada sifat dengki yang tercela itu.
dipetik dari Majalah Milenia Muslim, Ogos 2008
..::blueberrybiru::..



Memang benar dan tepat sifat kedengkian dikaitkan dengan bangsa melayu. Sifat yang menjadi punca kejatuhan bangsa melayu ini memang benar terjadi di tempat kerja saya sendiri dimana semua pekerja dan pengurusan adalah dikalangan bangsa melayu. Melihatkan pekerja bawahan memiliki kenderaan seperti kereta dan membeli rumah yang bertaraf sederhana membuatkan mereka dipihak pengurusan mencari jalan bagaimana untuk menyekat kononnya kemewahan hidup dikalangan pekerja bawahan yang rata2nya telah berkhidmad 15 tahun dan keatas. Cara yang dilakukan adalah dengan menyekat overtime dan mengurangkan kakitangan berkhidmad dalam kerja harian (operasi) dan langkah ini nyata berjaya dan setelah berlarutan selama 6 bulan telah kelihatan pekerja yang kereta nya di tarik. Bayangkan pendapatan termasuk overtime berjumlah rm1800 sebulan tetapi kini hanya Rm800 sahaja. Dengan perasaan puas hati pihak pengurusan tersenyum sinis melihat kakitangan yang terjejas kehidupannya. Nyata sekali bangsa melayu memang terkenal dengan sifat dengki dan iri hati.
Salam saudara Rostam, terima kasih atas komen yang diberikan. Memang benar sifat dengki dan iri hati terhadap bangsa sendiri pasti ada. Tidak kira golongan atasan mahupun bawahan. Apa yang penting sekarang ialah tepuk dada tanya selera, cuba fikir2kan bagaimana hendak menolong sesama bangsa untuk maju kehadapan seperti mana yang dibuat oleh bangsa2 lain. Mereka menolong sesama sendiri bagi memajukan bangsa mereka dan yang ketinggalan ialah bangsa melayu itu sendiri.
p/s:Akan teruskan perjuangan demi bangsa melayu….:)
aku stuju sgt2. mlayu mmg suka dengki.ini jgk brlaku kt aku.mlayu x tenang hati tgk org senang.
tu la yang dinamakan melayu…kenapa mesti berdengki dengan kaum sendiri…malu dgn kaum lain yg sering tolong menolong antara satu sama lain untuk majukan kaum die….cuma melayu sahaja yg begini…kenapa yer…
cuba fikirkan macam mana cara nya nak atasi orang yang suka dengki ni.boleh tak sesiapa bagi komen nak buat apa kat orang yang suka dengki.blasah @ apa?
memang sudah menjadi sifat semulajadi orang Melayu untuk berdengki dan berdendam dengan bangsa sendiri….tak boleh tengok orang senang sikit mulalah cari jalan nak menjatuhkan antara satu sama lain….ianya telah diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yg lain…ini menunjukkan bahawa orang Melayu hanya Islam pada nama…moyang kita menganut Islam kerana Sultan masuk Islam…dari segi penghayatan dan pengamalan ajaran Islam orang Melayu masih jauh….
tu la pasal dah tatau nak ckp apa lagi dah….sifat dengki dan org melayu dah mcm isi ngan kuku…mcm dah tak leh nak pisahkan lagi dah